Tuesday, November 6, 2007

PERSATUAN RADIO AMATOR MALAYSIA

Di Malaysia terdapat beberapa persatuan dan juga kelab-kelab yang bergerak aktif dalam menjalan aktiviti-aktiviti berkenaan dengan Radio Amator. Tidak kira yang tua atau yang muda, lama atau yang baru. Demi hobi dan minat yang mendalam ahli-ahli Radio Amator berkerjasama di dalam menjayakan hobi yang banyak manafaat ini supaya bole dinikmati oleh ahli-ahlinya di seluruh Malaysia.

Setiap persatuan mempunyai agenda tersendiri bagi memenuhi keperluan ahli-ahli setempat seperti membuka kelas-kelas Radio Amator, mempromosikan Radio Amator, memberi bantuan ketika berlaku kecemasan dan menjalankan aktiviti kemasyarakatan di seluruh tanah air.

Bagi merialisasikan impian saya manjadi ahli Radio Amator, saya dengan segera menemui Pak Yop(9w2yr) selaku pengurus ASTRA kawasan tengah untuk mendaftarkan diri sebagai Ahli ASTRA dengan no. keahlian : 0699 pada tahun 2005.

Berikut adalah nama-nama persatuan/kelab Radio Amator di Malaysia:-


Banyak maklumat-maklumat berkaitan dengan Radio Amator di dalam laman web seperti di atas. Haaaa..... sesiapa yang nak tahu mengenai Radio Amator, sila lah ke tempat kelab-kelab yang berdekatan dengan anda.

2 comments:

Heaven said...

Salam,saya dan kumpulan saya dari Club Ethnology sedang mencari idea nak buat satu event. Untuk pengetahuan, Ethnology adalah gabungan etnik dan teknologi. Saya bercadang ingin menjemput Radio Amatuer (ASTRA) untuk menjayakan program kami.

Saya nak tanya, kenapa setiap kali saya klik link ke Astra, tiada carian ditemui?

Abdul Jalil Mohd Nor said...

Cik Heaven, anda boleh rujuk kepada ASTRA Kawasan Tengah di alamat : astra.tengah@gmail.com, Laman sesawang :http://astra-tengah.blogspot.com/