Thursday, December 17, 2009

Salam Ma'al Hijrah

1 Muharram 1431 Hijrah
Sempena tahun baru Hijrah 1431, saya sekeluarga mengucapkan Salam Ma'al Hijrah kepada semua kenalan, saudaramara, rakan-rakan, jiran tetangga dan tidak lupa jugan warga HAM semalaysia.

Walaupun jarang-jarang bersua di udara mahupun di daratan, namun masih tetap bersama Radio Amatur.

Tahun demi tahun, masa begitu cepat berlalu. Begitu juga dengan azam kita sentiasa dinaiktarafkan kepada keadaan yang lebih baik. Segalanya bergantung kepada kesungguhan kita dan keizinan dari Allah yang maha berkuasa.

Saturday, September 26, 2009

AIDILFITRI 1430 Hijrah , 2009 Masihi


Dengan rasa hormat dan rendah diri, saya dan keluarga menyusun 10 jari memohon kemaafan zahir dan batin kepada anda semua sekiranya terdapat kesalahan yang kecil atau yang besar, yang nampak atau tak nampak sempena di bulan yang mulia ini.

Semoga kita semua mendapat keampunan dan diberkati Allah S.W.T .

Monday, September 14, 2009

Renungan : Membuka Pintu Rezeki

Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

"setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"........... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"

Huraian hadith:
  • Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
  • mahupun yang sudah tiada )
  • Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
  • kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
  • mereka berubah)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
  • Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
  • Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:
  • Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... . Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah
Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , rezeki itu bukan kerana ada sijil
SPM, Diploma, Ijazah, PHD dan sebagainya..

Thursday, September 10, 2009

Data Center Siri 3

Setiap Data Center mempunyai komponen penting di dalam pembangunannya. Komponen-komponen utama adalah terdiri daripada :-
  1. UPS System - Sistem sokongan ke-2 bagi punca bekalan kuasa elektrik.
  2. Raised Floor - Lantai khas anti-static dengan struktur besi keluli.
  3. Percision Air Conditioning - Sistem penghawa dingin khas yang beroperasi 24 jam.
  4. FM200 Clean Agent - Sistem pemadam api.
  5. High Sensitivity Smoke Aspirating System - Sistem pengesan asap.
  6. Water Leak Detection System - Untuk mengesan kebocoran air yang tidak disangka.
  7. Kamera Litar tertutup.
  8. Sistem Keselamatan Electronik.
  9. Central Monitoring Software - Perisian untuk memerhati keadaan semua peralatan di dalam Data Center.
Segala komponen di atas, ia tidak termasuk dengan kemudahan infrastruktur bangunan. Cara perlaksanaan bagi pembikinan Data Center di dalam bangunan yang sediada dan bangunan khas agak berbeza. Ikuti siri yang seterusnya.....

Sunday, August 30, 2009

Data Center Siri 2

Kali ini saya akan menjelaskan secara ringkas apakah ertinya dan apa yang terkandung di dalam Data Center tersebut. Secara amnya Data Center merupakan sebuah tempat yang mempunyai sejumlah besar Pelayan atau 'Server' yang beroperasi sebagai nadi utama pelbagai sistem pengurusan serta mempunyai bank data yang besar.


Kewujudannya amat penting sekali bagi menjaga dan melaksanakan setiap saat transaksi jutaan ringgit di pelbagai sektor. Data Center juga dilengkapi dengan peralatan komputer berstatus tinggi serta mempunyai tahap ketahanan maxima bagi membolehkan ia beroperasi selama 99.99%.



Sebuah Data Center mempunyai fasiliti yang lengkap seperti kedudukan tempat/lokasi yang stratigik. Kemudahan infrastruktur rangkaian perhubungan yang baik/lengkap serta tahap keselamatan yang tinggi.

Bulan Ramadhan 1430 Hijrah


Alhamdullilah....masih lagi diberi kesempatan untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini, 2009. Yang pergi tetap pergi, yang bernyawa harus tabahkan diri mengharungi liku-liku hidup di zaman yang sungguh mencabar ini.
Pada amnya bulan puasa ni cukup mewah dengan makanan, rasanya belanja pun meningkat sedikit terutama sekali mereka yang tidak memasak sendiri. Itupun bergantung pada masing-masing, mungkin yer..mungkin tidak.
Walaibagaimanapun Bulan Ramadhan mempunyai rahmat yang berlipatkali ganda dari bulan-bulan yang lain. Jangan sampai kita leka dengan kemewahan makanan yang melimpah ruah di bazar-bazar ramadhan sehingga lupa tujuan utama di bulan yang mulia ini.

Wednesday, May 6, 2009

Website Percuma

Ini ada berita baik punya...
Kepada rakan-rakan yang gemar buat laman web, macam saya ni he he he... ha bolehlah mencuba dengan mendaftar dilaman ini secara percuma. Laman Web ini menawarkan ciri-ciri seperti di bawah:-
  • 1500 MB Disk Space
  • 100,000 MB Bandwidth
  • Free Subdomain or Your Own Domain
  • Automated Scripts Installer (20 Popular Scripts)
  • FTP Access and Web Based File Manager
  • Easy to use Website Builder
  • 5 MySQL Databases with Full PHP Support
  • Zend & Curl Enabled
  • IMMEDIATE Activation!
Adakah anda berminat ? Ya / Tidak